tahun depan 2017 anak2 ibu da bole mula sekolah tadika..
ya allah kejapnya masa berlalu..anak da nak masuk skola..
sob sob sob sebak lak rasa..😭😘
Husna masuk 5 tahun, dan Hadi masuk 4 tahun.
Ibu nak juga masukkan Hadi kesekolah sebab nak dia bergaul dan mempercepatkan dia bercakap..sebab kat rumah dia mcm suka cakap bahasa German sedangkan kalau kita bg instruction atau suruh apa2..dia faham n buat..tp dia x nak cakap,..
sejak awal tahun 2016 lg ibu da risik2 dari kengkawan n adik beradik yg ade anak skola tadika..mane skola yg ok, berpatutan harga dan pembelajaran yg sesuai...
skang da masuk bulan 10, keputusan harus dibuat..ade beberapa tadika yg ibu dah terjah buat lawatan..utk tengok mcm mana sekolah, macam mana cikgu2, macam mana persekitaran kelas dan ruang belajar...
dan paling penting...merisik harga hihi
mengejutkan juga..yuran tadika bole tahan mahal juga utk sebahagian tadika..bergantung pada servis yg ditawarkan..
sebagai ibu bapa, impian kita mestilah nak yang terbaik utk anak..tapi kena amek kira banyak benda terutama dari segi bajet..uhuhu..
so kita akan review beberapa tadika yg ibu dah g melawat..
pilihan ibu semestinya yg menerapkan nilai2 islam disamping bahasa inggeris sebagai bahasa perantaraan di sekolah (kalau boleh la..mak x pandai cakap omputih, biar la anak pandai bole ajar mak nanti hehe)
tapi mcm ibu kata tadi, segalanya bergantung pada bajet ibu n abah..
semoga ade rezeki anak2 ibu mendapatkan tadika yg terbaik, ibaratnya tadika ini merupakan langkah pertama kita nak halakan anak2 kita nanti mcm mana..
harap ade rezeki utk anak2 ibu dpt sekolah, cikgu n kawan2 yang baik2..
TADIKA 2017 Survey/review
1) BRAINY BUNCH KELANA JAYA
ni dia yuran Brainy bunch cawangan Kelana Jaya..
Allahuakbar, harga dia kalau combine utk hadi n husna, bole pitam kejap ibu n abah.
tu x termasuk kalau pergi trip rombongan ke ape lg..
tp dari segi syllabus pelajaran, suasana sekolah dan cikgu2..
ibu memang suka sangat...
ini apa yg ibu cari..
but again, constraint dari segi budget pulak...
hmmm...
doa banyak2 biar Allah limpahkan rezeki yg x disangka2..aminnn
cuma cabaran disini, ia agak jauh dr rumah kami...
kena amek van pula,..menambah cost pastinya.
2) GENIUS AULAD KELANA JAYA
Kedua, ibu g Genius Aulad cawangan Kelana Jaya, bangunan rumah kedai di dataran GLOMAC,
atas kedai makan makanan indonesia Padang, Sari ratu rasanya..sederet ngan al Rajhi n Bank Islam kelana jaya.
ibu g sekolah ni nak tgk2..
pun ibu suka tengok keadaan tadika, ruang belajar dan guru2 serta murid2 nya..
masuk2 pintu tadika je dah tulis 'WE SPEAK ENGLISH ALL THE TIME'
Tros ibu speaking ngan teacher dia, berterabur pun berterabur la,...hahaha
best tgk anak2 ibu pun mcm suka tgk kawan2 belajar kat situ..
Yuran lebih kurang Brainy Bunch jugak..
jom doa lagi..ya Allah ya Allah..kau permudahkanlah urusan ibu n abah mendapatkan bajet utk masukkan Husna dan Hadi ke sekolah tadika ini ya Allah...amin..
namun tetap ada cabaran, lokasi tadika ni juga agak jauh dr rumah dan menurut cikgu, van yg selalu amek anak2 ke kawasan rumah kami mungkin akan stop amek anak2 dari kawasan rumah kami, so mungkin akan cari van baru utk amek anak2..ibu agak skeptikal sket sebab maknanya nak kena dptkan khidmat org baru, yang sekolah sendiri xde pengalaman bekerja bersama.
ini merupakan satu perkara yg ibu nak elak, memandangkan banyak kes2 culik skang..ibu abah dah la kerja jauh , so memang harap kan pada org2 yg kita boleh percaya je la..
3) PASTI BANDAR SUNWAY

yuran memang affordable la..
bulanan pun ok, RM100 for half day, dan xde full day kat cawangan Mentari Court ni..
dekat ngan rumah..
cuma xde bahasa Inggeris la..
ok je, cuma kalau ade bahasa inggeris ibu lagi suka..
tp ni choice yg paling dekat n ekonomi..
4) TADIKA LITTLE CALIPHS BANDAR SUNWAY
ni semalam baru g briefing pasal tadika ni..
terletak dekat je dr rumah, cuma stil kena amek van utk fetch the kids during noon hantar ke babysitter.
Eventho ade full day kat tadika ni, tp smpai 6.30pm je..ibu x kan sempat smpai rumah by that time pun...so ibu rasa amek half day n then transit ke rumah pengasuh je la mcm biasa.
yuran dia pun boleh tahan, sebab kena baya advamce sebulan (November penghujung tahun), kata cikgu sebab ade parents yg bila hujung tahun x bayar duit yuran especially bulan Nov, sebab Disember dah cuti so mak bapak ad eyg buat2 lupa n majoriti akan TIDAK MEMBAYAR.
woww....ibu mcm surprise, ade gak kes x bayar yuran sekolah anak?
TAK PERNAH DENGAR PERKATAAN KEBERKATAN kah sebelum ni? hmmm...
pastu event fee yg mahal skali dlm fee tu, sebanyak 800 seorang, kalau dua anak? ho ho ho
tu dah cover lawatan sebanyak 3 kali setahun, sukan dan hari kecemerlangan.
ok la kot, sebab Brainy Bunch n Genius Aulad rege beribu gak tp x cover lagi trip n event2 tadika..
tp cikgunya sangat lovely..
so sweet bila dengar dia explain to us about her school, her kids..sungguh2 dengan semangat padahal kami mai masa tu malam kot..siang semestinya dia dah letih ngan anak2 tadika lagi..ade masa lagi utk buat briefing kepada ibu bapa ..dari kol 8 smpai 9.30pm..cikgu2 lain pun ade skali masa tu.
so committed.
bila dia cakap ngan Husna n Hadi, ibu dpt rasa dia seorang ibu yg penyayang..
Hadi bukan main manja tetiber ngan teacher...hehehe
so ibu agak kagum di situ..
tadika ni mmg dpt extra point dari ibu
-English speaking
-islamic method
-dekat dengan rumah
-ade provide van utk hantar rumah babysitter
-yuran bulanan ok
-yuran tahunan a bit pricey tp dah include advance payment for one month..so mcm ok la pada ibu..
jom doa lagi...
semoga Allah melimpahkan rezeki yg tak disangka2 pada ibu dan abah agar dpt anak2 ibu n abah belajar disini..aminnn hehe
5) Tadika Kasih Ilmu Mentari Court
tadika ni bawah rumah pengasuh sekarang je..
ibu x dpt lagi bayaran tahunan/bulanan dari cikgu..tp ibu rasa xjauh beza dengan PASTI kot..x semahal tadika2 lain la..since dia provide normal syllabus..
ini pilihan terakhir ibu kalau yg lain2 tu x de rezeki anak ibu nak g..
sebab tadika ni blok bawah rumah pengasuh je, kalau ibu rasa xleh nak harap van driver anta anak ibu balik, ibu hanya percayakan pengasuh je la utk amek anak ibu balik dengan selamat..so bawah rumah dia je la yg mudah utk dia g amek..sebab faktor pengangkutan dan usia..
6) Tadika ABIM
B-G-25 Mentari Court, PJS 8/9 Bandar Sunway
baru nampak tadika ni masa google2..
x sempat nak tengok lagi..will check it out.
7) Smart Reader Bandar Sunway
-bayaran ok gak..
-cuma ibu berbelah bahagi, since tadika ni provide classic program only, no islamic program.
tapi ibu tengah risik2 dengan pihak tadika..x dpt latest update lagi..if ok why not kan? dekat ngan umah dah tu..kena amek kira makanan anak2 juga since sekolah ni campur2 bangsa..bangsa ibu x kisah pun nak campur, cuma my concern on foods preparation, hygiene and halal status..
itu paling penting..belajar pandai2 tp yg asas tu kita x amek kira..
wallahualam..
nanti kalau ade update yg lain, kita update semula...
skang tempoh bertenang, segala keputusan adalah berdasarkan budget, faktor keselesaan anak, makanan anak2 dan kaedah pembelajaran yg ditawarkan.
pening...ooo pening