30.9.11

cinta pandang pertama : berakhir sudah

Posted by Unknown at Friday, September 30, 2011 6 comments

baru mula je episod, dah berakhir ke..?
tamatlah sudah kisah pencarian cinta saya..
penghujung cintaku..bersama XY, hukhuk..

tiada sesiapa dapat melupa..
perasaan cinta pertama..
akan ku ingat selama lama
saat pertama jatuh cinta..

kasih sayang senyum mesra bersama..
gurau senda pujuk rayumu..
masih ku ingati...

apa pun jua akhirnya
aku kan tetap mengingati mu dengan setia
walaupun kau akan pergi..
pasti ku ingati
gelora cinta KALI PERTAMA...

sesuai lah lagu ni dgn kisah cinta aku dan XY..
semalam pertemuan itu telahpun terjadi antara kami..
perasaan sebelum bertemu, masa aku dlm LRT nak menuju ke wangsa maju tu..
dup dap dup dap giler
hanya Allah yg tahu perasaan aku masa tu..
berdebar seh~
dok dalam lrt tu rasa lama giler, apesal mcm xsampai2 je stesen wangsa maju ..
x eprnah2 aku dok mandang je route lrt kat pintu lrt tu, semalam aku dok tgk je..dr satu stesen ke stesen lain..
fuh penangan cinta XY mmg berbisa..

xtau bagaimanakah hasilnya pertemuan kami nanti..
bakalkah membibitkan rasa kasih dan cinta..
bisakah perasaan itu kekal..
dapatkah aku terima hakikat bahawa cinta aku bakal beralih arah? atau boleh share2 antara XY dan alep mungkin..?
bagaimana pula penerimaan alep nanti?
fuhhh mcm2 aku fikir sepanjang dalam lrt tu..

tepat jam 6.30pm..
pertemuan itu telah berlaku..
dan ianya sangat indah..
hatiku mmg sudah terpaut pada XY saat melihatnya tersenyum memandangku..
terbayang saat kali pertama pandangan kami saling bertaut di OU dulu, perasaan itu masih sama..
dan paling tak sangka, kami serasi..
pertemuan yg di sertai sesi perkenalan..kami mengenali diri masing2~
dan sungguh, keserasian itulah yg aku nantikan selama ini..
aku rasa dekat sekali dengan XY..
hati kami telah bersatu, dan bertaut..

apepun, impian aku utk menemui cinta ku, XY telah pun di realisasikan..





XY...













aka...















kasut tumit tinggi..
kui kui kui..
citer pasal kasut je pun..I'M SORRY =)
tp beb, mmg aku rasa jodoh la aku dgn kasut ni..main tarik2 tali pun akhirnya jadi milik aku gak, alhamdulillah..

awal2 dulu g One Utama, PARKSON ngan filah, ingt x cimun?
masa tu xde saiz ke xde budget ntah, aku x ingat..aku rasa more tu xde budget, sbb tu aku suruh filah beli kasut ni..dengan harapan, walaupun aku xmampu beli at least sorang kawan aku pakai kasut tu pun aku dah suker giler2..
sbb xde budget so terpaksa dilupakan..
then masa g SOGO ngn adik aku tu pun, kasut tu dah xde saiz jugak..
dua kali aku kecewa nak dptkan kasut ni..
hajat dihati nak buat hantaran masa tu, tp is either xde budget or xde saiz..
sedih kan~

so semalam g jmpe makwe yg jual kasut ni, aku try mmg muat..yippy !
sebab biasa aku pakai saiz kasut 37 aka saiz 6..tp sebab design kasut ni kecik sket, so aku x muat saiz 37, and saiz 38 mmg dah habis kat mane2 kedai dia yg aku pergi so far..
makwe ni lak biasa pakai saiz 38 agaknye, tp sbb design kasut ni kecik mcm aku ckp td, dia lak x try tros beli je..sedar2 masa nak pakai 1st day raya kasut x muat..
sian dia, disaster feeling di hari raya..mmg x pernah pakai katenye, x masuk kaki..
aku tumpang simpati..
dan dia reduce price dari harga asal almost 25% dari harga sebenar..
lucky me..kot~

turun naik lrt dr masjid jamek ke wangsa maju, then menapak lak g tpt dia parking sebab parking dekat2 lrt dah penuh, berpeluhhh jugak la aku nak menyampai ke kereta makwe ni..tp demi semangat nak cuba gak kasut tu, ku gagahkan jugak menapak di tpt yg aku x pernah jejak tu..dalam hati mmg doa giler2 supaya aku muat kasut tu, siyes aku doa ~

jadi setelah apa yg aku lalui utk mendapatkan kasut ni, aku ambil keputusan nak jadikan jugak ia kasut hantaran aku nanti, walaupun aku bukan direct beli dari kedai dan aku dah beli kasut lain yg sama brand sbenanye sbg kasut hantaran sbb xdapat kasut ni aritu, huhu

ni lah dia cinta ku, XY..hehe

maaf, gambar kasut bole tunjuk kecik2 je..x saspen la nanti kannn, haha
bajet design kasut tu meletops la tu konon, cett~ ;p
tp kasut biase je pun, cuma biase la mak kan suka propa..
yg tau skang ni Fila sorang je la, sbb dia yg tgk kasut tu ngn aku kat OU aritu, tu pun kalau dia ingt lagi design yg mane satu..heheh

xpe, aku x kisah budget dah lari gara2 beli kasut ni..eventho aku kena tahan makan sbb dah terguna duit belanja makan..janji hati aku boleh tenang skang...
biar ia jd bukti dlm gambo kawen nanti sbg kisah cinta yg bisa aku ceritakan kepada generasi akan datang , ahaks ;p

tq for reading siapa2 yg sudi membaca kisah cinta aku dan XY ni atau ade yg kena hunus parang disuruh membaca entri ni, ataupun secara x sengaja tertengok entri ni, mahupun yg tgh tidur selepas pekena nasi kandar baeekk punye kari masih melekat bau kat tangan during lunch tadi, tp mata separa terbuka sungguh2 nak baca gak entri ni smpai habis, kakaka *perasan dol*
..jalan citer tu aku olah2 sket agak2 perasan sedap jd satu kisah.. =)
enjoy your day..
and please believe in love at first sight ya, coz i do ;)

ok lah..
happy weekend, esok kitorang ade aktiviti CSR dengan anak2 yatim/miskin ..
ade aktiviti di MLC Bangi, mcm bes je aktiviti kalini, sebab x payah sukan2 mcm dulu..xde dah tarik tali ke hape aktiviti yg berpanas, kalau x maunye berjelaga muka mak yg gerhana ni..;p
sbb kalini, aktiviti yg aku kena handle lebih santai..looking fwd to have fun tomorrow! =)
k daaa~

29.9.11

cinta pandang pertama

Posted by Unknown at Thursday, September 29, 2011 8 comments

kisah ni kisah benar yg terjadi dlm hidup aku..
saat aku dah jd tunangan orang, yg x lama lg je nak kahwin ni..
aku x bgtau alep pun pasal ni lg..
dan aku harap kalau dia baca ni, dia x marah aku..
aku xnak ada penipuan antara kami..biarlah dia tau skang, aku rela dari dia tahu dikemudian hari..

kejadian ni berlaku kalau x silap aku awal tahun ni jugak kot. Biarlah aku namakan si dia sebagai XY.
masa tu aku di pusat membeli belah dengan seorang rakan di One Utama, aku teman dia shopping baju..
lepas dia dah shopping2 baju tu, kami bergerak pulak masuk PARKSON menengok2 kasut dan handbag..sangatlah kewanitaan sejati shopping handbag, kasut dan baju..

member aku nak beli kasut katenye, so kitorang pun g la kat bahagian kasut2 ni..dalam member aku dok pusing2 cari kasut yg berkenan, akupun mengambil keputusan utk pusing2 kat area situ..ushar2 baju/kasut gak even xde rasa nak membeli pun..sekadar cuci mata~

dalam pada aku pusing2 tu, aku ternampak dia; si XY
di celahan manusia yg agak ramai ketika itu..
dia berdiri di satu sudut, seolah2 sedang memerhati gerak langkah manusia2 di sekitarnya..
dan secara kebetulan pulak pandangan kami saling bertaut..fuhh mcm kilat aku rasa panahan masa tu..serius, satu perasaan yg x dapat aku gambarkan..
dunia terasa berseri tatkala memandang wajahnya yg persis rock star tu, gerek seh!
lantas secara x sengaja, senyuman ku ukir..dan telah dibalas oleh XY..
giler ahh, terasa seperti jatuh cinta lagi..lagi lagi kujatuh cinta, aku jatuh cinta =)

dek kerana senyuman ku telah dibalas, dengan tak semena2 aku melangkah menuju ke arah XY seperti di rasuk pun ada..
tiba-tiba..
langkahku terhenti..

kawan aku panggil rupanya, potong stim btol la..tros aku mcm tersedar dari lamunan, dan dikala itu aku teringat alep tunang aku..
fuhhh, terasa insaf sket masa tu..
lantas aku melangkah meninggalkan XY yg terpinga2 mcm frust pun ade aku tgk..
aku lg la frust beb..
tp aku sedar, aku tunangan orang..
mana bisa terjadi apa2 antara kami, walaupun aku tau..kedua kami menginginkan sesuatu terjadi antara kami..

berakhir sedutan pertama kisah cinta pandang pertama aku..
di ibaratkan cinta putus di tgh jalan, dan kehidupan harus diteruskan.
namun tanpa disangka pertemuan kali kedua telah membangkitkan perasaan itu..
cinta itu kembali berputik atau tidak..?meh nak stori ni..
minum air jap..

ok, pertemuan kedua berlaku beberapa minggu sebelum Ramadhan menjelang. Masa tu aku dengan adik aku g SOGO nak ushar2 baju raya utk abah kitorang..
manusia kat SOGO jgn citer la, punye la ramai bersemut je aku tgk seko2 dari escalator..
tapi dalam ramai2 manusia yg menyemut tu, entah mcm mana aku boleh fokus dan nampak si XY ni..
masa tu aku tau aku mmg x boleh lupakan si XY ni..rupanya dia masih tetap dlm ingatan aku bintang rock star tu..huhu
tp masa tu manusia ramai sgt, XY xnmpk aku kot..bila aku smpai ke tempat yg aku nampak dia tadi, dia dah xde kat situ..
kecewa sungguh aku rasa masa tu..
aku pulang dgn seribu satu kekecewaan, mcm putus cinta pun ada..
smpai adik akupun pelik kenapa aku cm frust sgt..

itulah dia kisah cinta aku..
yg berakhir begitu saja..
mungkin tiada jodoh antara kami..
Ramadhan dan Syawal ku teruskan, ku terus jalani hidup sbg tunangan org, meletakkan sepenuh kepercayaan dlm diri bahawasanya aku boleh melupakan XY..
akhirnya, Ramadhan dan Syawal berjaya ku tempoh berkat semangat dan keazaman aku melupakan XY..

tapi semalam..
aku x sangka, akan jmpe XY !!
inikah namanya jodoh?
dan tanpa ragu2..
aku akan pastikan aku dpt bersua dia hari ini..
aku harap sesuatu bakal terjadi antara kami..

ternyata, pencarian ku di google tentang urusan kerja di internet pagi semalam telah menemukan kami secara x sengaja..
dan aku telah memberanikan diri utk menghubunginya..
dan ternyata dia setuju utk berjumpa..HARI INI
PETANG ini...

di stesen LRT, adakah sejarah bakal tercipta..
kisah cinta aku dan dia..?

pesanan utk tunang aku, sori sgt2 kalau dia rasa aku menduakan dia..
tp aku perlu jummpe XY ni utk pastikan perasaan aku..
kalau x, aku akan menyesal seumur hidup..
aku MESTI jumpe dia !

Kesudahan kisah cinta pandang pertama ini akan aku update kemudian..
doakan aku berjaya..
aku harap perasaan ini tidak akan menipu aku utk kali ketiganya..
insyaallah..

28.9.11

Speed Trap terbaru di bawah flyover

Posted by Unknown at Wednesday, September 28, 2011 0 comments
aku terbaca ni dr fb adik aku..
just nak share, sekadar peringatan supaya berhati2 memandu yer..
kalau dapat saman jangan marah..sila bayar saman anda =)




Team Ultimate-X
PLUS North Bound (ke Utara)
*Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
*Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
*Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
*Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
*Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
*Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.
PLUS South Bound (ke Selatan)
*Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
*Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
*Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
*Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
*Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
*About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
*At 296.5km and 297km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
*At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
*On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
*After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
*Behind the right hand crash barrier at 198.4km.
Elite Central Link East/North Bound
*On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit
*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
Elite Central Link West/South Bound
*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
*After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.90km/h
NKVE East/North Bound
*300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
*Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!
*Below bridge at Damansara Junction, 17.5km
NKVE West/South Bound
*Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h!
*From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
*From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
*Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
*Below railway bridge at 11.2km
*Under the bridge at Shah Alam junction.
Kesas East Bound
*Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.
Kesas West Bound
*At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala LumpurCity
*Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.
Klang
*Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only!
East Coast
*Road sign at Karak highway is inadequate especially at Y junction; if you are unfamilar, go slow.
*East bound, downhill run after Raub junction.
*Maran, 60km/h zone.
*Paya Bungor, 70km/h zone.
SPEED TRAPS IN JOHOR South Bound
*Tangkak junction.
*Under the bridge after Yong Peng
North junction
*at 97.3km.
*Ayer Hitam junction.
*Sedenak junction.
SPEED TRAPS IN PERLIS, KEDAH AND PENANG
North Bound
*Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
*Before Perwaja Steel.
*Sg Petani junction.
*Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
*PenangBridge at island end.Speed limit 80km/h.
South Bound
*PenangBridgeisland end. Speed limit 80km/h.
*About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h.
SPEED TRAPS IN PERAK
North Bound
*Under the bridge at 197.1km and 198.8km, afterKamunting Junction.
*Under the bridge at 204.3km, after KamuntingJunction.
*Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
*Under the bridge at 214.8km, before Kamuntingjunction.
*Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
*Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
*Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
*Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
*Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
*Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
*Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
*Under the bridge at 373km, Slim River Junction.
South Bound
*Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
*Under the bridge at 241.9km, at Kalau Kangsarjunction.
*Under the sign post at 296.1km, before GopengJunction.
*Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
*Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 372.6km, at SlimRiverjunction.

Cari Rumah

Posted by Unknown at Wednesday, September 28, 2011 2 comments
aku tengah mencari rumah skang ni..
utk duduk lepas kawen nanti.
memula nak cari rumah sewa, tp rumah sewa kat KL ni pun dah 1k, pk2 balik baik kita cari rumah utk beli je..
kalau nak beli umah kat KL sah2 la xmampu lg nak beli condo/teres kan..
yg dlm kemampuan nak bayar bulan2 pun rumah low-cost apartment je la..

semalam aku g tgk satu rumah apartment ni, kat area Pantai Dalam..
pada aku kondisi rumah tu mmg ok la..
sqft dia kecik je dlm 800sqft je kot, sedang2 elok utk org yg baru nak mulakan hidup, ;p
lantai tile, dapur asing dari living hall, mmg kire tersorok la..aku mmg x gemar dapur terlangah tros nampak depan rumah semua..x feel nak masak, haha
pastu bilik 3, master bedroom ada bilik air asing, eventho kecik..but fine for me..
overall aku rasa umah tu mmg berbaloi la nak duduk, berpadanan dgn harga mcm tu kat KL ni..

kawasan apartment baru, bukan lah mahal sgt regenye,mmg itu lah kemampuan kami je pun..nak beli condo mmg x mampu la utk waktu2 skang ni, baru2 nak idop katakan..
nak beli rumah atas tanah apatah lagi..ku berpijak di bumi nyata ;p
tp since bangunan baru..xde la jelak sgt mata memandang..kire ok la sbg rumah pertama kot..
rumah level-9, tepi sekali..

dia stended mcm umah yg aku sewa dulu kat Permai..
yg kureng sket hanyalah double parking, pastu aku mcm terserempak few bangsa2 asing (pendatang asing dengan izin I supposed, hehe)..tu je la yg kureng, dr segi environment..
dari segi kondisi rumah, aku mmg dah suke..
bukanlah rumah impian aku, cuma dekat nak g keje utk aku n alep at least utk 2@3 tahun yg akan dtg sehingga lah kami mampu nak cari rumah yg lebih selesa..

TAPI...
alep lak mcm kureng skang ni, sbb ade PATI tu kot..
erm,entah la..
skang mcm hold dulu decision..
aku malas nak sedih2 or bising2..
Kalau x jadi yg ini, mungkin rezeki kami di tempat lain, insyaAllah.. =)

26.9.11

Segalanya Tentang Kuching

Posted by Unknown at Monday, September 26, 2011 2 comments
assalamualaikum,
enrty ni meliputi keseluruhan aktiviti aku dan kawan2 semasa di Kuching la..
g dua hari je pun..
memula nak ucap terima kasih bebanyak kat cik Suhada yg telah sponsor penginapan dan tiket flight kami berdua, bakal raja sehari ni..aku n Watie..
aku kire sbg hadiah perkahwinan la..
tp kalau nak bg hadiah kawen perkahwinan seperti barang2 elektrik tu, di persilakan dengan segala hormatnya yer..hahaha x malu~
semoga murah rezeki ko beb..aminnn..

berbalik kepada percutian ni, aku rasa puas gak la dgn perjalanan ke Kuching kalini, first time dtg sini walaupun datang dua hari je..
segala yg aku idamkan dan stadi utk buat di Kuching selama dua hari ni berjaya aku capai, dengan bantuan dan support raka2..dorang dah lebih dr sekali smpai Kuching, so dah otai..
pastu dpt kenal kawan2 kepada Su n Wati yg bekerja/stay di Sarawak..
besss..
ramah2 org Sarawak, x kedekut senyum..
org Sarawak cun2 woo..
putih melepak kulit masing2, rasa rendah diri lak aku secara tiba2..haha
insyaallah nak dtg lagi..
ade beberapa tempat yg org Sarawak suggest g kalau mai lagi sana..
aku berminat dgn cadangan kawan Wati, Liana namanya..budak sarawak, cunnn..
dia suggest beberapa tempat yg bes utk dilawati, kalau suka g pantai la..
kalau nak g kawasan pantai g area Sematan, Lunduk..
atau Belawai pun kawasan pantai gak..remote area, xde hotel2 just kampung2 je..
tp view cantik, kena balik ari la..airport terdekat di Sibu..
hat ni rasa mcm adventure sket, kena well plan study lagi pasal ni..
mungkin bole terjah bersama bakal suami nanti ;p

hotel kami menginap, Hotel Margherita, nama cam kelasss kan?
hotel pun kelasss kau..bilik mengadap waterfront,selak2 langsir nampak sungai..
tip top condition..cantik, 4 star hotel..
lokasi btol2 depan tugu patung Kucing yg jd trademark Kuching tu.. nice~
org belanja, syukur alhamdulillah ;)

1st day banyak berjalan ke tpt2 pelancongan je, g semenggoh wildlife tgk orang utan,giler ahhh besar dol org utan dia, mcm citer king kong tu..pestaim aku tgk org utan sebesar tu, kalau kena hempap mmg sah x bernafas ko..satu pengalaman baru yg pada aku sgt menarik, menyaksikan org utan, tgk dia makan..

pastu g gua pari-pari, gua angin mmg bikin naik hangin je.., bes kat gua angin tu sbb org x ramai ngat..kitorang camwhore x hingat dunia..tu yg melompat2 mcm beruk makyeh seko2..;p

masuk gua tu mmg gelap amat, mmg agak cuak gak la jalan dlm gua tu bertiga je..mmg mengucap je sepanjang jalan dlm gua tu, walaupun xde la jauh ngat route yg kitorang amek, tp sbb jiwa mudah lentur katakan aka penakot..=)
tp takot2 pun snap gak gamba sekeping dua, thanks to kamera kakak aku, walau dlm gelap boleh nampak muka seko2 dgn jelas..
hebat ahh kamera kakak aku ni, ;p

makanan di Sarawak lak, terkenal dgn mee kolok dan laksa sarawak..
hurm..pendapat aku, kedua2nya sedap..
rasa tersendiri, pekena kat Bimmers Cafe yg terkenal..
cuma aku rasa kalau sup mee kolok tu panas2 lagi sedap kot..almaklum, aku mmg suke makan yg betul2 panas menggelegak ..feel~

laksa serawak pun sedap, rasa rempah2 sket..
memula tu bau mcm param pun ada, haha
tp bila da makan dua tiga suapan, baru mood sedap tu sampai..

then ade try makan umai ikan..dia ala2 kerabu kot, isi ikan di gaul bersama limau nipis dan beberapa hirisan sayuran/bawang sket..
rasa mcm somtam sket, tp somtam banyak sayur , ni banyak isi ikan..
tp xleh makan banyak2, muak..

pastu g jalan2 kat Pasar Satok, x de la aku pusing sgt pasar tu..
kalau lama sgt dok pusing2, bermakna makin banyak la $$$ bakal terbang, hoho
beli terubuk masin n cenderahati sket2 je..

pastu g beli kek lapis kat kedai Dayang Salhah, seberang sungai naik sampan kat waterfront dekat je ngan hotel kitorang stay tu ..
tambang 50 sen je..
kedai kek tu dekat je dr jeti..jalan kaki dlm 5 minit kot dah smpai~
mcm2 jenis kek lapis ade, dengan nama yg pelbagai..nama Lady Gaga pun ada, huhu
tapi, aku rasa dr segi rasa lebih kurang je beb, cuma warna n design je beza2..
sedap tu mmg sedap.. =)

ok dah la tu, akupun xtau nak sembang ape lg..
sebab tu je aktiviti kami sepanjang disana..
kepada Sue aka Esah, TQ sangat2..
kepada Wati aka Noi, there goes our bujangan trip, konsentret prepare utk wedding masing2 lak lepas ni yer..good luck to both of us~ :)
aku lak, Nani aka Awa(bukan Leha yer, hehe)..mengundur diri~

titipan kenangan di Kuching...
=)
k daa~

Berdua Bersatu

Posted by Unknown at Monday, September 26, 2011 4 comments
Forteen-Berdua Bersatu Lirik

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapiku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Kutak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah kutercalar
Walau dilanda badai
Kusanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Kutak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Kusanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

sejak kembali dari Kuching, lagu ni dok terngiang2 dlm kepala aku..
sume gara2 Sue la ni, hehe
tros donlod n layan pagi2 ni kat opis..
dulu xde la layan ngat lagu ni, suke gitu2 je.. ;p

24.9.11

tak sangka..dunia ini mmg kecil

Posted by Unknown at Saturday, September 24, 2011 6 comments
malam ni x sangka betul kejadian ini bakal terjadi..
kitorang nak g makan seafood kononnye kat Top Spot..baca dr review2 forumers masa stadi pasal kuching aritu..
ramai suggest kat situ sbb byk kedai yg jual seafood kot..
sekali g jmpe kawan opis Sue, dia keje base kat sini la, Kuching..
dia suggest g makan kat Barok Village..tepi sungai..
Top Spot bukan tepi sungai, tp kat pekan..so Barok Village Restaurant ni mmg sesuai kalau nak g makan2, lepak2 n borak2 layan suasana perkampungan Sarawak..siap ade pasang lagu2 kebudayaan sarawak lg..mmg terasa la suasana sarawak tu..
even pelayan dia pun pakai topi sarawak, kelas gitu..

memula dlm kete x banyak borak2 ngn mmb opis sue ni, maklum r tak kenal kan..
i kan pemalu~
sekali tanye2 pasal keje mane, keje keje keje..
terkeluar la citer dia pun bekas budak opis lama aku..
oh nooo..korek punye korek sekali dia pun projek EGAG daaa..~TSS Engineer~
tros dah aku jd x malu..muahaha..

tp masa aku masuk projek AG tu mamat ni dah nak resign xyb kot..so mmg x kenal / xpnh jmpe kot..
tp dia kenal kawan2 Xyb projek AG yg lain, engineer2 lain yg aku kenal gak..
kalau saper2 kenal dia..jefri nama dia, TSS dulu..
dia kenal la Saifa, Nasz, PL TSS Sarawak si Soffian dan beberapa senior yg aku rasa dah blah gak dr Xyb, hehe

Kengkawan Xyb/ex-Xyb...agak2 kenai dak mamat tu..?

then Jefri ni kol Team Leader TSS kat Kuching, nak tanye Pian ni kenai dak aku..aku bajet dia x ingat je aku..sekali dia ingat laa..terharu mak~
'of coz ingat, Jun kan?' kelas kau Jun nama aku dikalangan dak TSS~
sempat gak r aku borak2 tanye khabar..
dulu mmg selalu gak la deal ngn dorang masa kat xyb..walau ada yg xpnh jmpe, koling2 emel tu selalu la jugak..
dorang2 ni sume masih keep in touch, tros rasa diri ni jahat..
dah resign, tros lupakan kawan2 TSS ni..dulu banyak susahkan dorang run script, pastu dah resign buat2 x kenal lak..jahat nyer aku~
mahaaap...

bererti sungguh makan malam kalini pada aku..
mengimbau balik kenangan sewaktu menjadi vendor dulu..
rindu suasana/kawan2 dulu~
perlukah aku kembali menjadi vendor? hehe
ok,jgn pk..g tdo jer, esok nak bangkit awal..
ikan terubuk masin, kek lapis x beli lg...huhu

Kuching-Day 1

Posted by Unknown at Saturday, September 24, 2011 0 comments
sebelum sampai sini, persepsi aku adalah..
Kuching negeri yg mcm Kuala Pilah kot, kecik dan baru nak membangun..
tp setiba di sana, aku nye tekaan meleset sama sekali, Kuching ternyata far way moden dari Kola Pilah, maafkan aku Kuching..heheh

Kuching sgt kemas dan jalan dia besar serta bersih..
seronok di sini..walaupun kat sini x banyak sign board..
nasib ade GPS cik Sue yg telah menyelamatkan kami dr sesat..kalau xde gps, mmg kompom sesat haha

apepun, aku suker KUCHING, Sarawak..
nanti sambung lg, nak siap2 nak g makan seafood lak malam ni..
skang kol 6 lebih pm, da nak gelap..

sedikit titipan..hehe

while I'm Away..

Posted by Unknown at Saturday, September 24, 2011 2 comments
A man escapes from prison where he has been for 15 years. He breaks into a house to look for money and guns and finds a young couple in bed.
He orders the guy out of bed and ties him to a chair, while tying the girl to the bed he gets on top of her, kisses her neck, then gets up and goes into the bathroom.
While he's in there, the husband tells his wife:

"Listen, this guy's an escaped convict, look at his clothes! He probably spent lots of time in jail and hasn't seen a woman in years. I saw how he kissed your neck." If he wants s*x, don't resist, don't complain, do whatever he tells you. Satisfy him no matter how much he nauseates you. This guy is probably very dangerous. If he gets angry, he'll k*ll us. Be strong, honey. I love you."

To which his wife responds:
"He wasn't kissing my neck. He was whispering in my ear. He told me he was gay, thought you were cute, and asked me if we had any Vaseline. I told him it was in the bathroom. Be strong honey. I love you too!!

WAKAKAKA...
siyes gua gelak guling2...
Fwd email..

23.9.11

W&W - Wish & Wing

Posted by Unknown at Friday, September 23, 2011 0 comments
aku agak tension ngan sorang vendor kahwin ni..
kekwat giler..

tau ler ko tu femes amos, aku bukan nak mintak ko sponsor pun..
aku nak sewa baju ko je..
banyak alasan dia, itula ini la..memula boleh dtg,pastu ckp x boleh lak dtg ade hal sekian-sekian..
dahtu yg bengang dia cakap 'nanti kita confirm balik dgn u, nanti kita kontek balik yer'
HARAAAMMM smpai kesudah xde kontek2 pun..
PR mmg out la mamat ni !
cakap je la 'dik, abang x entertain customer2 kelas bawahan cam u'
kan senang...

kelas bawahan pun, kalau org tu mampu bayar..ape kau kisah pon bawah ke atas kelas dia !
siot btol..

tros aku fedap nak cari baju sanding, gara2 dia..
tp baju dia siyes aku suke..cantik~
tp utk berurusan dgn org mcm tu lg, kerek nak mam ! ..seriau mak~
kesimpulannye..
bakal di tentukan sekembalinya aku dr jalan2 nanti yer..
malas nak pk psl baju or whatever persiapan kawen lg..
nak bertenang sket g negeri orang, walau cuma dua hari je..
g ni mmg utk tenang2 fikiran je, dengan harapan xde nak shopping2 yer, simpan duit nak kawen ;)

Meowww meowww, here I come :)

22.9.11

Alhamdulillah..

Posted by Unknown at Thursday, September 22, 2011 2 comments
Syukur alhamdulillah..
Rezeki nak kawen..
sungguh2 aku panjatkan kesyukuran pada Ilahi..
segala rumors ternyata adalah tidak benar, kenyataannya ternyata lebih menggembirakan setelah dpt tahu rumors2 tu tak benar sama sekali..
alhamdulillah..
alhamdulillah..

dan terima kasih pada company aku bekerja ni..
MAYBANK..
i truly HEART you..

apepun, baju sanding TETAP xde lagi, haha..

18.9.11

risau

Posted by Unknown at Sunday, September 18, 2011 0 comments
mengingatkan baju sanding yg xde lg, huhu
adik aku g tanye kedai2 mostly baju yg jd fav pengantin dah fully booked..
fuhhh, sedikit tertekan~

17.9.11

Happy Birthday

Posted by Unknown at Saturday, September 17, 2011 0 comments
utk yang ter ter ter s.a.y.a.n.g.. ;p
semoga panjang umur murah rezeki, serta dalam limpah rahmatNya selalu..
sori x dapat nak celebrate mcm selalu, budget tahun ni kena plan betol2..tp insyaallah tahun2 akan datang kita akan lebih baik dari yg sebelumnya ;)

doa doa..
~lots of love~

9.9.11

perangai buruk kembali

Posted by Unknown at Friday, September 09, 2011 0 comments
dah berapa tahun aku x buat keje ni..
perangai buruk yg dah lama aku x buat..
aku buat balik, sejak akhir Ramadhan lalu..

kopek kulit bibir yg kering..
smpai berdarah2 !
oh, aku benci buat menda ni, tp aku x bole elak dr mengopek kulit2 kering di bibir mungilku ini, muahahaha
ianya satu aktiviti yg menseronokkan, serta buat ko geram rasa nak tarik2 semua kulit bibir ko tu..biar lah sakit berdarah2 sekalipun, puas sebab dapat kopek kulit kering tu..

ni semua gara2 bulan puasa x cukup minum air masak la ni, menjadikan kulit bibir kering dan menggelupas..
skang ni tgh try recover balik kelembapan bibir dengan minum air masak banyak2..
xnak minum ais banyak2 dah..cukup2 ler tu~
kejadahnye bersanding nanti bibir berkulit kering?

ingat dulu, aku slalu marah pilah sebab kopek kulit bibir..mase tu aku x buat keje2 hina tu..hahaha
skang filah, sila maki aku lak.. =)

8.9.11

realiti dunia

Posted by Unknown at Thursday, September 08, 2011 4 comments
Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran diSeluruh Semenanjung :-


UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000

SPM : RM3,000-RM8,000

STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000

DEGREE : RM12,000-RM15,000

2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000

PHD : RM20,000-RM30,000


Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Purata Per Kapita Seisi Rumah, Keturunan, dan Darjat Seluruh Semenanjung.

MISKIN TEGAR : RM500-RM1000

MISKIN : RM1000-RM3000

SEDERHANA MISKIN : RM3000-RM6000

SEDERHANA : RM6000-RM10000

SEDERHANA KAYA : RM10000-RM15000

KAYA : RM15000-RM20000

SANGAT KAYA : RM20000-RM50000

JUTAWAN : RM50000-RM100000

(Semua nilai berdasarkan purata pemerhatian semasa dan kajian-kajian kes hantaran perkahwinan melibatkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka dan Johor)

Sumber dipetik dari sini

aku dpt dari fwd emel..
aku rasa, lelaki sekarang cabaran lebih sket..
dengan kadar hidup yg makin tinggi, kena bersedia dengan seribu satu kemungkinan..
=)

6.9.11

kembali bekerja

Posted by Unknown at Tuesday, September 06, 2011 0 comments
sedikit kejutan bila kembali ke opis..
sebab bakal bizi, sebab ade banyak giler incoming project/system enhancements/database upgrade yg bakal berlaku tahun kewangan ini..

seram siot nak lalui..
time2 aku bizi nak kawen ni la bakal dapat keje menimbun2..
masalahnye, boleh caya ke kalau top management cakap nak siap semua by dec ni?
mengikut pengalaman...mcm tak je, ikh ikh..
tp nengok gaya dorang, mcm nak telan orang je bila bagi arahan tu..mungkinlah kena kerah sket kot, bersedia je la~

whatever..
yg penting, mak TETAPPP kawen.. =))
dah, mari balik..da kol 7pm ni..
alif bahagia je di New Zealand tu gamaknye, walau dia kata dah stat boring..apedaaa, cuti g holiday pun boleh boring ke~
haaa, tu lah..kalau bawak aku sure tak boring punye, pasal aku boleh jalan2 sampai kaki krem , janji ade kamera posing2.. he he

4.9.11

masak2 raya

Posted by Unknown at Sunday, September 04, 2011 2 comments
semalam wat mee sup tulang..seperiuk besar, habis alhamdulillah..
ramai gak sedara mara n jiran tetangga datang umah beraya, mmg rezeki la saper yg dtg smalam..
arini lak masak mee kari.. slurpp!
rezeki utk siapa yg dtg arini, atau paling tidak pun rezeki orang2 dirumah ni..
jom makan !

esok keje..
yeah, da lama rasenye x bekerja..
semangat konon~ ;p

2011 Rugby World Cup

Posted by Unknown at Sunday, September 04, 2011 0 comments
Di mana dia, anak kambing saya?
Anak kambing saya main di tepi sawah
Di mana dia, cinta hati saya?
Cinta hati saya yang pakai baju merah

dah dua hari ni..
khabar si dia x kunjung tiba lg, aku xde la risau sangat since aku tau alep pandai jaga diri, dah biasa jugak g negara orang berjalan2..selalu pun kalau g mane2, dia mmg update lambat sikit, kadang2 dua hari, kadang2 tiga hari baru dpt berita dia, sbb tu aku mcm rilek2 lagi..
tp bila mak dia kol tanye aku perkhabaran ttg dia, datang jugak perasaan cuak tu..
tp aku rasa ok je kot, insyaallah..
mayb masih dalam proses membiasakan diri kat tpt org, nak tengok perlawanan permulaan ragbi dunia 9 september ni..
sabo je lah~

2.9.11

RAYA 2011

Posted by Unknown at Friday, September 02, 2011 2 comments
raya tahun ni biase2 je, bersederhana dan pakai ape yg ada je.. ;p
tp mcm pelik lak, tahun ni xde amek gambar raya pun..
mayb sebab aku xde baju raya kot, ahaks.. ;)

apepun selamat hari raya
maaf zahir batin yer.. :)

alep on the way g obersi ni, holiday ngan adik dan sepupu dia, seminggu lak tu..jeless aiii~
takpe2, hujung bulan turn aiii pulak yer, tp aku g dalam Malaysia je la, hehe
x sabor nak release tension yg x tau tang mana tensionnyer ni, hehe insyaallah.. ~
 

Perjalanan Masih Berbaki Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting