13.1.13

mengiring & meniarap

Posted by Unknown at Sunday, January 13, 2013 0 comments
Nana sekarang da pandai meniarap, baru blajar meniarap..xreti lg nak adjust tangan, kena dibantu..
comel je muka dia masa meniarap sambil menahan nafas keletihan..hehe

tdo pun kena letak bantal kiri n kanan dia, takut dia mengiring pastu meniarap.. pastu dia da pandai gelak skang, kalau agah je mesti dia gelak berdekah2, klaka sungguh ibu dengar..
pastu manjang sengih je kalau di agah..dengan org x kenal pun dia bantai sengih..
memang standard perkembangan bayi umur 3 bulan kan..

ibu happy tgk husna membesar dgn sihat dan gembira, anak ibu dah 3 bulan 3 minggu =)
Nana & Adam

12.1.13

Husna - Final

Posted by Unknown at Saturday, January 12, 2013 0 comments
21 sept 2012

 lepas da siap2 jahit tu, ibu dibawa ke wad..
abah dtg jap tunjuk gambar baby yg dia snap..
mama abah ibu pun ade gak iaitu tok n wan, tp lepas je ibu beranak n jmpe baby ms abah qamatkan, dorang da balik sebab adik ibu aka Mak Yang kat umah pun tgh berpantang gak, baru 3 ari masa tu..so kesian gak dia sorang2 dgn husband..dua2 xreti lg, kena ade org tgk2kan baby yg bernama adam tu..

smpai2 wad dlm kol 12.30am, perkara pertama ibu mintak dr abah adalah air..
haussss sgt, bibir ibu kering kontang..merekah2 mcm da seminggu x dpt air..
pecah2 bibir ibu, bibir kering..
minum sebotol air pun still rasa haus lg..
habis segala tenaga kot..

then ibu makan roti sket, pastu nurse dtg..
kalau ibu nak g toilet bgtau nurse, nti dia tlg..
ibu x bole g toilet sorang2 lg ms ni, silap2 bole jatuh sbb tenaga dah xde n luka masih bengkak lg..
tp ibu x g toilet pun, lepas abah balik..ibu tdo tros smpai kol 5 am..
pastu baru panggil nurse sbb nak g toilet..malu gak nurse ikot masuk dlm toilet n tgu kita buang air, siap tlg pakaikan tuala wanita tu, huhu

pastu dlm kol 5.30 nurse dtg bawak baby, suruh ibu susukan baby..
syukur,gembira, sebak..
pg kol 8 tu dokto check, kata ibu ok sume..tgh ari bole discharge..
selesai abah settlekan bayaran n dokumen2 lain, kol 4pm ibu keluar sepital..

sepanjang ahri tu baby dok kat katil ibu, memang PPUM menggalakn ibu2 bersama anak mereka sepanjang masa..
kolu gak ibu bila disuruh jaga anak tu sorang2, xreti..hehe
tp 1st time nurse yg tlg ganti2 lampin..lepas2 tu ibu wat sendiri..
bukan ape ..baby kecik, takut nak pegang..
tapi yg hairannya..bila pegang anak sendiri, hilang rasa takut pegang baby..padahal ibu mmg agak cuak nak pegang baby sebelum2 ni, lagi2 baby yg dlm hari lagi..
cuma, masa tu sakit luka susah nak gerak, nak pegang baby, bangkit bangun..sakit~


bermulalah kehidupan sbg sorang ibu..
anak yg akan kekal bersama ibu sepanjang hayat..
ibu sayang husna =)

11.1.13

Husna - Part 3

Posted by Unknown at Friday, January 11, 2013 0 comments
20 sept 2012
pagi tu kol 8 dokto dtg check..
dah 4cm katenye, dia suruh readykan ibu ke labor room..
tp memandangkan labor room penuh, ibu standby je kat wad biasa dulu..
dlm kol 2 lebih baru dpt tpt, nurse pun dtg la bg ubat paksa berak..
lepas je dia bagi cecair paksa berak tu, mmg tros menyembur je..hahaha

disebabkan wad sgt penuh, ibu sebenarnya ditempatkan di wad org mengandung yg bermasalah, so kebanyakan yg ade kat situ semuanya baru awal2 kehamilan, tp yg bermasalah dan kena tahan kat wad..ibu je yg tgh tgu masa nak bersalin.
masa waktu melawat aritu, masing2 diziarahi oleh pasangan n ahli keluarga masing2 la..satu bilik tu ade 4 katil.

kelakar bila ibu ingat balik..waktu melawat mmg sah2 la bising kan, org bersembang bagai..
tp kat katil ibu, ibu menahan sakit contraction, selang 10 minit ibu mengerang..
yg kelakarnya, bila ibu mengerang..suasana sunyi sepi kat wad tu, haha
ketiga2 katil tu semua diam xde bunyi lgsg..kecut perut kot dgr ibu mengerang tahan sakit..
mmg kelakar bila ingat balik..hehe

abah pun bila ibu mengerang tu, dia urut2 la belakang ibu..baru lega sket~
ade insiden yg cukup emosi berlaku masa ni sbenarnya, tp biarlah ibu n abah je yg tau ape berlaku..
rahsia rumahtangga, hehe

masuk labor room kol 2 lebih cmtu, kol 4pm dokto dtg check, still 4 cm..
doktor pecahkan air ketuban..
dia kata kol 7 dia dtg check balik..
dari kol 4-7pm tu, ibu sekali lagi menjadi saksi dengar org beranak, bilik2 sebelah..
ade yg kena marah dgn nurse sbb malas nak teran, ade nurse n doktor yg bersorak2  bg semangat kat ibu2..riuh rendah jugak la suasana..
ibu of coz sakit n cuak..

kol 7pm pun ibu masih lg 4 cm..
dokto kata nanti kol 11pm dia dtg balik, kalau x bukak lagi bukaan dia akan induce..
sepanjang masa tu dr kol 7pm tu, sakitnya hanya Allah yg tahu..
mcm tulah mama ibu menanggung bersalinkan kitorang dulu, insaf ibu masa tu..
nurse ade ikatkan mcm tali kat perut, ade mesin yg detect heartbeat baby..ketat giler dia pasang, sgt x selesa..dah la sakit contraction kan, pastu perut ketat lak kena ikat..rasa nak tanggalkan je~
tp sepanjang masa mmg ibu dok kerling gak la monitor kat sebelah, tgk heartbeat baby..

dalam bilik bersalin, x dibenarkan makan n minum kecuali air selusuh tu minum masa dah 7cm ke atas..pesan nurse~
tp disebabkan ibu dr tgh ari kat situ, so ibu sgt haus..
terpaksa gak la ibu minum air selusuh tu sket bg hilang dahaga, mayb sbb tu ibu tiba2 rs sakit yg semacam dlm kol 9 pm.

dlm kol 8.30-9pm tu, sakit ibu semacam, perut rasa memulas2, mcm kena gerudi perut tu..sangat x selesa dan sakit..
ibu xdpt baring dgn tenang, kejap ke kanan, kejap ke kiri..

nasib baik ibu curi2 bawak hp, dpt ibu sms abah n mak ibu bgtau update..abah hanya mampu sms suruh ibu bertenang dan istighfar banyak2..bukan bole wat ape2 pun kan, this is my battle~
begitu juga mak n adik beradik ibu, dpt gak sms kata2 semangat dr dorang..
hp sorok bawah tilam, nurse x nampak..hehe
pastu masa masuk bilik tgh hari td, ibu curi2 bawak kurma sebiji, org kata bole tambah tenaga..dlm kol 8 lebih tu ibu makan buah kurma tu sbb da rs lapar sgt..nasib baik ade buah kurma.

kol 9pm ibu bgtau kat nurse, ibu rs sakit menyucuk2, ibu rs nak belah perut keluarkan baby je ms tu, hehe
nurse jawab 'doktor x smpai lg..u tarik nafas hembus k..jangan teran'
nak je ibu tumbuk nurse tu, dah sakit camtu mmg xleh kontrol dah meneran tu..last2 ibu ala2 meneran gak la masa contraction tu..nasib lah nurse!
blakang pinggang sakit jgn citer la..sedih xde suami kat sebelah, kalau x bole dia tlg urutkan belakang..

tp pk2 balik, mak ibu dulu beranak sorang2 gak abah ibu x temankan dia..so, ibu kuatkan semangat memandangkan lg beberapa minit/jam je lg ibu dpt jmpe baby dlm perut ni..

kol 10 lebih tu, sakit dah rs mcm x bole tahan, perut ibu mcm kena gerudi dr dalam, baby dah menolak2 nak keluar..
sakitnyaaa..
kebetulan ade doktor pelatih masuk bilik ibu, tros ibu jerit kat dia..

TOLONG PANGGIL DOKTOR, SAYA DAH NAK BERANAK NI !!!'

hehe

gabra doktor pelatih tu, dia kata ok ok je then tros hilang g cari dokto..bukan dia je gabra, ibupun sama gabra..sakit dia mmg menyentak2, huhu
x lama lepas tu, dua doktor pakar ni dtg, dia check bukaan ibu..
satu perkataan je ibu dengar dr mulut dia yg ibu faham 'fully open'
haaaa..degil dorang, ibu dah ckp ibu sakit dr kol 9pm td..x percaya !!
bayangla kalau tgu dokto dtg check kol 11, silap2 ibu terberanak sorang2 la kot..huhu

disebabkan dah bukak 10cm secara tiba2, pihak hospital x sempat pasang besi bantuan bersalin tu kat ibu..
ibu bersalin pegang besi tepi katil je, hehe
kelam kabut ibu tgk dorang bentang kain n prepare alat2 persediaan menyambut bayi..
doktor siap cakap kat ibu, bila rasa nak push tu, push je..baby anytime akan keluar..

kol 11.30pm, selamatlah ibu lahirkan baby girl setelah 3-4kali teran kot..masa nak meneran tu mmg ku teran sehabis daya..
berbekalkan tenaga yg tak seberapa tu, ibu kuatkan semangat..
ibu letih dah ms tu, tp dr awal ibu dah ingatkan diri ibu, ape2 jadi biar smpai anak ibu keluar dulu..
dah lama ibu tunggu saat ni, x boleh kecundang..
ibu terbayang2 muka anak ibu jer masa meneran tu..
kekuatan yg dtg pun mayb sbb ibu nak sgt tgk anak ibu kot..fokus!

nurse doktor sume bersorak2 dlm tu, mcm tgk bola..haha
bila kepala dah keluar dokto bgtau..teran lg sekali je bg keluarkan bahu..
'saya dah nampak baby awak ni' kata dokto tu..
jadi, ibu pun tarik nafas dalam2, then pushhhh..
mmg mcm ko teran berak taik keras menerannye..hehe
tros rs mcm kalau kita period tu, darah period yg berketul2 keluar ..

mcm tula ibu rs bila doktor tarik anak ibu keluar..boleh terasa uri tu ditarik keluar sekali..blup blup blup bunyi nya, hehe

legaaaaaa..
tros hilang rs sakit, yg ada hanya rasa kelegaan..
doktor tu bgtau ibu dpt baby girl..
tak lama lepas tu, ibu dgr suara anak ibu menangis, alhamdulillah..
gembira plus sebak, ibu tgk je anak ibu kat tgn doktor..

then nurse2 amek baby n sedut ape2 cairan yg ade kat muka baby..
selepas itu, dengan badan yg masih berdarah, dorang letak anak ibu kat badan ibu..
'see, your daughter'

pastu nurse suruh ibu menyusukan anak, bg dia kenal benda pertama masuk dlm mulut adalah puting ibu..
dptla ibu menyusukan dia dlm seminit je kot..
pastu nurse amek balik..nak bersihkan baby n bg abah dia qamatkan..

sementara tu, ibu masih ada proses yg x selesai..
iaitu jahit tpt bersalin td..huhu
mmg x sakit sbb bius, tp boleh nmpk la benang tu ms doktor jahit..hehe
dah hujung2 jahit tu, bius da nak abaeh kot, terasa ngilu pedih2..
dah x kisah da sakit tu..
sbb dah letih sgt, tahankan je la..

bersambung..:

10.1.13

Husna - Part 2

Posted by Unknown at Thursday, January 10, 2013 0 comments
cerita 18 hb sudah berlalu..

19 sept 2012

Dalam kol 2 pagi tu ibu terjaga, nak terkucil..
Jeng jeng jeng, ade tompokan darah kat seluar kecik ibu..
ibu blur kejap ms tu, takut nak bgtau abah yg tgh tgk tv ngan adik dia...
Tp ibu panggil gak dia masuk bilik jap..
Dua2 nerbes n blur..hahaha

ibu tros kol mama ibu, mama cakap kompom la tu tanda nak bersalin, tp mama ckp xyah g dulu pun xpe, sbb tanda darah ni selalunya lambat nak bersalin lg..
tp ibu cam cuak gak, sakit tu makin kerap..so kitorang amek keputusan nak g PPUM check.

kol 3 pagi tu kitorang gerak ke PPUM, sebelum smpai PPUM g singgah Mc Donald jap beli makanan, mak ibu ckp takut nak beranak lak nanti, kena makan dulu siap2..kang xde tenaga nak push push..beli bege n air then makan dlm perjalanan ke PPUM.

tros naik tingkat 3, bgtau kat nurse bertugas dah keluar tanda 'DARAH'
dia tanya ade sakit x? ibu jawab selang 20-15 minit.
pastu dia tanya ade booking bersalin kat PPUYM x? ibu jawab yer..dia suruh tunggu.
then nurse lain dtg bawak baju spital kaler pink (comel), suruh ibu salin
suami x bole ikot ok..so abah g turun bawah sementara ibu salin baju dan tunggu dlm bilik bersalin..
tunggu dokto dtg check.

sementara tgu dokto dtg tu, dokto2 pelatih dok masuk keluar bilik ibu, mcm2 soalan la dorang tanya, soalan yg sama, bosan gak nak layan tgh sakit2 ni..

tau kol baper baru doktor dtg???

jam 8 pagi ok..berjanggut menunggu, sian abah kena tdo kat bawah..kalau tau, boleh abah balik umah dulu ke..huhu
4 jam menunggu tu ibu bole dengar mcm2 bunyi, bunyi org menjerit, doktor bagi kata2 semangat, nurse yg bersorak2..ramainye org bersalin pagi2 tu..
fuhhh sangat nerbes ok..sorang2 lak ibu kat bilik tu..

abah tdo kat ruang menunggu kat bawah.
kol 8 dokto dtg check, dia kata baru 1cm bukaan..
sakit nyer kena seluk,:'(
dia suruh masuk wad dulu..

so, ibu kena masuk wad.

kol 2pm, dokto dtg check still 1cm..
kol 4pm dokto check baru 2 cm bukaan..maknanya ibu tdo kat wad la aritu..
tp sepanjang hari tu memang contraction dtg kerap gak la..

malam tu tdo sorang2 menahan sakit, mmg xlena tdo..
menangis gak ibu menahan sakit, huhu lagi sedih bila en.suami x bole masuk teman,bole dtg waktu melawat je..
kol 12 n 5pm..
sakit yg pelik, pinggang mcm nak patah~
ohh sedih tol ibu rasa masa tu..
nak menyesal sbb x g sepital private pun x guna dah..

bersambung...

9.1.13

Husna - Part 1

Posted by Unknown at Wednesday, January 09, 2013 0 comments
ibu nak story camne husna dilahirkan, tp molek lah kalau ibu mulakan dari awal camne ibu rasa sakit tu dtg..
Segalanya bermula dari 18 sept dan husna dilahirkan pada 20 sept..
satu tempoh yg agak panjang yg ibu lalui utk mengeluarkan insan kecil yg bernama husna ni, hehe..
Mungkin dah itu bahagian ibu kan..;p

Ok berbalik pd stori ibu..

18 sept 2012

Hari ni ibu cuti, ibu da stat cuti sejak awal bulan kalau x silap..dlm spuloh hb camtu..
amek mc je, dah xlarat nak g opis bawak perut yg x berapa nak besar tp beratnyer mak oih, rasa mcm bawak satu bola boling ikat kat perut, sesak napeh jalan lama lama..

Memandangkan dah agak lama ibu dok berehat n memerap kat umah je, ibu ambil keputusan g giant kelana jaya n beli beberapa barang makanan n barang baby yg masih pending..
ibu dok pk kalau terberanak awal kang x sempat lak...masin mulut maakkk, hehe

Jadi ibupun g la giant tu, sorang diri drive..abah keje..
ibu g giant dlm kol 11 pagi kot, abeh satu giant tu ibu tawaf..

tp dlm pada ibu menawaf tu, ibu ada rasa sakit sket, bila rs sakit je, ibu stop jap..tunggu n bertenang seketika, pastu dah lega sket ibu teruskan tawaf giant, huhu
X sangka lak tu contraction sbenanye, bole je rilek sambung shopping..

mcm2 jenis makanan ibu amek, nak makan kononnye nanti dlm pantang x bole makan sume tu, coklat, eskrem, fast food sume ibu rembat.. Penyudahnye mmg xsempat makan pun ghopenye.

Habis shopping dlm kol 1 lebih camtu, smpai umah dah nak zohor kalau x silap..dengan barang yg banyak, ibu gagahkan jugak hangkut naik lif, ibu kan dok apartment..

tp barang baby n yg bukan barang makanan ibu tinggal je dlm kete, nanti bajet nak suoh abah je bawak naik..ibu bawak naik makanan je, tu pun berplastik jugak la, dgn air kotak bagai hehe..

Petang tu sementara tgu abah balik keje sempatla ibu makan sket coklat n buah yg ibu beli kat giant tu..
Petang tu pun rasa sakit mcm kerap je dtg, tp ibu anggap biase je, mayb sbb ibu g giant td jalan banyak kot, sakit gitu2 je la kot, kata hatiku...

Menjelang malam..haaa, sakit, cm dah semacam, makin kerap n kerap..
Rasa mcm sakit pinggang, nak berak..senggugut, bercampur aduk..
ibu rasa x selesa..
So ibu baring je dlm bilik sepanjang malam..kerap gak ibu jerit panggil abah
ibu mintak tlg gosokkan belakang ibu, lenguh je rasa..
ibu tahan rasa sakit tu smpai terlelap..

menjelang 11 malam tu ibu dah rasa sakit yg pelik..ibu ckp kat abah, dia pun cam kompius, hehe
So ibu kol mama ibu..mama tanye berapa kerap ibu rasa sakit, ibu jawab selang 15 min kot..
mama ibu kata tu contraction la kot, tp mama ibu x kasi g spital lg, dia suoh tgu dulu..
kalau xde tanda2 contoh cam ketuban pecah ke, atau darah keluar..
So ibupun sambung la tdo dalam kesakitan..

sekian, sambung nanti...

8.1.13

sketsa : nak bercuti

Posted by Unknown at Tuesday, January 08, 2013 0 comments
sebelum kahwin..

kekasih lelaki: nanti dah kawen bole kita g travel jauh2, honeymoon
kekasih perempuan: hoyeahhh, besnyerr

selepas kahwin

suami: nanti kita g travel lepas2 ni x yah la bawak anak, lambat nak gerak..tunggu anak dah besar n faham cakap kita baru bawak.
isteri: haah, btol jugak kan..banyak tpt nak g susah gak bawak anak kecik ni

selepas dapat anak

isteri: isk..kesian lak xbawak anak bang..x smpai hati nak tinggalkan.
suami: pulak..

huhu

adakah husna akan dibawa sekali utk percutian akan datang nanti? hehe
ibu dia rasa mcm nak bawak, x smpai hati nak tinggal dia lama2..

 

Perjalanan Masih Berbaki Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting