
kitorang stay kat Sipadan-Kapalai Dive Resort..
servis dia memang SUPERBB !
tempat yg sangat cantik..
bravo bravo..
makanan tip top..thumb up for the chef..!
package include makan pagi/t.hari/malam..
makanan mmg banyak pilihan dan mcm kat hotel..
sedap pulak tu masalahnye, keje makan je kami hehe
kat situ xde restoren atau kedai runcit yer..hanya ni je tpt makan, so bole prepare bawak megi kalau rasa nak mkn megi, xde kat situ..
tp makanan mcm roti , air minuman dan buah mmg sentiasa ada di sediakan in case korang lapar..
Kapalai merupakan gugusan 3 serangkai pulai Sipadan-Kapalai-Mabul..
Sipadan x dapek ler kami nak g, sebab kena request kalau nak g situ, bukan senang2 nak g sipadan..
so, kitorang g kapalai n mabul je la..
Kapalai adalah sebuah pulau yang tiada pulaunya, secebis hamparan pasir sahaja kelihatan. Tak ada daratan pun.
Pulau ini terdiri daripada tebingan karang.
Yang ada hanyalah chalet atas air iaitu Sipadan-Kapalai Dive Resort, tempat kitorang menginap.
Resort ini di kelilingi lautan yg bersih jernih, hidupan laut yg superb..cantik giler~
ade yg kata, Kapalai antara 10 tempat terbaik utk diving di dunia, wallahua'lam..
tp snorkeling je pun dah cantik, apatah lg diving kan?
xpayah snorkeling pun da bile nampak hidupan laut dia, coral, ikan2 yg bermacam warna..
penyu pulak, sentiasa lalu lalang dan melepak2 kat situ..
perjalanan ke Kapalai bermula dari lapangan terbang Tawau, menuju ke bandar Semporna yg mengambil lebih kurang sejam dari airport..
so, better request airport transfer dr resort yg korang menginap, kalau naik teksi masak gak nak membayar..
smpai bandar Semporna, naik bot menuju ke resort..dalam 20-30 minit jugak kot perjalanan..
x terasa lama waktu sebab menikmati keindahan alam..
laut yg jernih dan hijau..
kami menginap kat Kapalai resort, dua malam je..kat sane ade Astro, tp satu bilik tv je, sharing2 sesama pelancong lain tgk tv..
internet pun ade, tp kena bayar RM20 sehari utk dptkan internet connectivity..
tp internet ade kat kawasan receptionist je, so kalau nak upload2 gambo ke check emel kena la g lepak area receptionist yer..xdapek ler nak buat keje kat bilik sambil melihat penyu ;p
yg best kat sini, walaupun setiap bilik takde air cond..mmg x rasa panas, sebab rumah tu dibuat dr kayu, atap mengkuang ..sejuk je..pasang kipas pun dah terasa sejuk..
malam2 lagi la sejuk, tdo x payah tutup tingkap, sbb xde org nak masuk pun, tingkap tu mengadap laut dan tak mengadap rumah org lain..
so bebas yer nak buat apa sahaja ;p
jgn takut kena culik dengan lanun ke apa, kat resort ni ade askar di setiap penjuru resort yg menjaga kawasan resort..
ramai gak askar kat situ, dlm 20-30 org..
so mmg selamat insyaallah..
kejadian yg pernah berlaku satu masa dulu di sipadan agak mustahil utk terjadi di sini..
sempat aku g berjalan di pasir tu, masa kitorang berkayak keliling resort..masa tu air surut, so kami pun berlari2 anak (aku je sebenarnya, alep xde pun sebatak itu ;p) di atas hamparan pasir tu..
alep pulak gigih menarik kayak yg bole tahan berat tu ke tepi air..
hari kedua disana, kitorang g island hopping ke Pulau Mabul, dekat je dari kapalai..dlm 15 minit perjalanan naik bot..
sebuah pulau..
kehidupan nelayan yg dipaparkan..
dr resort pun da bole nampak pulau mabul ni..
situ ade Sipadan-Mabul Resort, cantik gak resort dia..
budak2 rilek je g tangkap ikan fresh yg besar2 gak saiznye..
pun cantik gak coral dia..
tp aku rasa Kapalai lg cantik kot ;p
kesimpulannya..
saya sangat gembira..
dulu kan aku pernah berangan nak g tempat pengambaran filem Duyung ni..
tercapai gak impian tu.. thanks to dear husband =)
alhamdulillah, dpt gak peluang tgk lokasi pengambaran Maya Karin and Apek yg cantik tu..
..
so, marilah simpan duit dan pergilah ke Sipadan-Kapalai Dive Resort yg menjanjikan seribu satu kepuasan =)
5 comments:
wah..syok gila beb!
aku ada kawan kt semporna..asyik dok suruh aku gi sana, jalan2 pulau kata dia..bila tgk gambo ko ni, mula laa mcm gatal je tangan nak check airasia kot ada tiket murah..hahaha..tak sadau diri dah nak meletup bulan 6 ni.. :D
anyway, semoga ada 'hasil' di Sipadan-Kapalai Dive Resort ini yaa..kita tungguuu... :)
wah..teruja!! one day aku nk g sn gak.. br tgk gmbr aku dh meleleh beb..dah terbyg2..hahaha.. destinasi terbaek..keke utk bln madu..:)
alaaaa.. bestnyerrrr...
ain: 'hasil' ? ;p
hanya Allah yg dapat menentukan hasil apakah yg akan diberikan pada aku..
insyaallah ;)
ita: ko mmg kena g beb, memandangkan aku tau ko suke snorkeling, mmg sgt berbaloi ;)
zura: ape lagi, ngendeng la shaq suoh bawak g ;)
Post a Comment